Pusat Pengajian Tahfiz Ibnu Abbas, Bandar Tun Hussein Onn
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Latar belakang Pusat Pengajian Tahfiz Ibnu Abbas
Pusat Pengajian Tahfiz Ibnu Abbas atau dikenali dengan PPTIA didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 8 September 2018 dan mula diasaskan pada Disember 2018.
Pencetus tertubuhnya PPTIA ini adalah pandangan peribadi pengasasnya iaitu Al-Faqir Illah, Maulana Abdul Jamal bin Maideen terhadap pengalaman pengajian beliau dan terhadap sistem pengajian kebanyakkan madaris yang ada di Malaysia ini, yang mana menyediakan sama ada kursus Pengajian Tahfiz sahaja tanpa seiring dengan Pengajian Islam & Bahasa Arab maka akan berlaku sedikit kepincangan di situ kerana para Huffaz ini mereka menghafaz Al-Quran. Sedangkan mereka tidak memahami maknanya, tidak pada lafaznya dan tidak tafsirannya yang berkaitan dengan hukum hakam Islam yang wajib diketahui dan dipelajari, dan sebahagian mereka apabila telah selesai dari tahfiz 30 juznya, akan terus meninggalkan pembelajarannya dan terus mengajar dan digelar sebagai Ustaz/Ustazah sedangkan kebanyakkan Ilmu Masail mereka jahil.
Ini merupakan satu keaiban dan akan merosakkan imej Islam apabila kejahilan ini memberi satu penampakkan yang zahir dikalangan orang awam ataupun sebahagiannya yang menyediakan Kursus Al-Quran itu sendiri sehinggakan jika pelajar itu berlatarbelakangkan 'Non Islamic Basic' anda jangan terperanjat jika ada dalam kalangan mereka yang sudah tamat Daurah Hadith dan telah peroleh Ijazah Sanad Hadith tetapi masih lagi merangkak dan mengeja bacaan Al-Quran.
Ini juga merupakan satu kepincangan yang sangat mengaibkan imej Islam, ataupun jika pelajar itu berlatarbelakangkan 'Hafizah Al-Quran' walaupun hanya sekadar beberapa juz, semantap mana pun hafazan Al-Qurannya meskipun melakukan Syahadah (Professional Hafazan Al-Quran), apabila sahaja dia melangkah ke alam Kursus Pengajian Islam & Bahasa Arab , Al-Quran yang dihafaznya akan mula berciciran hinggakan ada dikalangan mereka yang benar-benar tanpa sengaja telah melupakan apa yang dihafaznya.
Visi, Misi dan Motto Pusat Pengajian Tahfiz Ibnu Abbas
Visi
Melahirkan Generasi Al-Quran Yang Bertaqwa
Misi
Memastikan ketaqwaan kepada Allah sentiasa meningkat saban hari,
Memastikan akhlak dan syakhsiyyah pelajar mencontohi akhlak Rasulullah & Sahabiah,
Memastikan bacaan Al-Quran berkualiti & bersanad,
Memastikan hafazan Al-Quran mantap & lancar,
Memastikan setiap pembelajaran difahami dan difaqihi secara mendalam,
Memastikan setiap pelajar fasih berbahasa Arab, Inggeris & Urdu,
Memastikan pelajar berpengetahuan dan berdedikasi,
Memastikan pelajar berdikari & mahir melindungi diri,
INSYAALLAH
Motto
Memastikan ketaqwaan kepada Allah sentiasa meningkat saban hari,
Hikmah mentarbiyyah, tegas beragama,
Manfaat untuk ummah, dakwah kerja utama.
Carta Organisasi Pusat Pengajian Tahfiz Ibnu Abbas
Sebarang maklumat lanjut mengenai Pusat Pengajian Tahfiz Ibnu Abbas, bolehlah menghubungi nombor-nombor berikut,
Ustaz Munhameer : 011-3774 3342
Ustaz Zahin : 017-3900 617
Ustazah Rabiatul : 014-9214 789
PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ IBNU ABBAS
55, Jalan Suadamai 4/1, Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Batu 9 Cheras, Kajang Selangor.
Ulasan
Catat Ulasan