Catatan

Pusat Pengajian Tahfiz Ibnu Abbas, Bandar Tun Hussein Onn

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera Latar belakang Pusat Pengajian Tahfiz Ibnu Abbas Pusat Pengajian Tahfiz Ibnu Abbas atau dikenali dengan PPTIA didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 8 September 2018 dan mula diasaskan pada Disember 2018. Pencetus tertubuhnya PPTIA ini adalah pandangan peribadi pengasasnya iaitu Al-Faqir Illah, Maulana Abdul Jamal bin Maideen terhadap pengalaman pengajian beliau dan terhadap sistem pengajian kebanyakkan madaris yang ada di Malaysia ini, yang mana menyediakan sama ada kursus Pengajian Tahfiz sahaja tanpa seiring dengan Pengajian Islam & Bahasa Arab maka akan berlaku sedikit kepincangan di situ kerana para Huffaz ini mereka menghafaz Al-Quran. Sedangkan mereka tidak memahami maknanya, tidak pada lafaznya dan tidak tafsirannya yang berkaitan dengan hukum hakam Islam yang wajib diketahui dan dipelajari, dan sebahagian mereka apabila telah selesai dari tahfiz 30 juznya, akan terus meninggalkan pembelajarannya dan terus mengajar da...